Selamat Datang


Monday, 20 October 2014

INDAH TUTUR KATA MU MENIKAM JIWA...MANIS SENYUMANMU MENUSUK KALBU


Tajuk di atas mungkin sedikit berbeza dengan coretanku sebelumnya. Manakan tidak sebuah kampung yang terletak jauh di pedalaman Sarawak menjadi tumpuan orang-orang dari luar untuk melawat atau di jadikan tempat menhabiskan masa cuti...woowww...amazing gitu...

Okla, sebelum aku mencarut lebih banyak lagi, baik aku bagi info sikit tentang kampung aku ni...Pada mereka yang ingin atau teringin datang menjenguk kampung aku ni, jangan takut...jangan malu atau segan2 datang ye...buatla macam kampung halaman anda sendiri...hehehe...

Nak datang ke Long Busang kene naik bot ekpress dan land cruiser je ( pacuan 4 roda)..naik land cruiser ni kene lalu jalan balak selama 4 jam. Parah woo bagi mereka yang tak tahan lasak dan jenis manja-manja gitu...auwwww...

Kepada orang luar yang pertama kali nak datang tu anda jangan risau mane tempat nak tinggal kalau dah datang ke Long Busang tu. Orang- orang kampung akan sentiase mengalu-alukan kedatangan anda semua ye...Tempat tinggal jangan risau, boleh jugak tinggal di LUMPUNG ....LUMPUNG?apa itu LUMPUNG?hahaha....sorry ye kawan-kawan...LUMPUNG ni di panggil pondok dalam bahasa Melayu...hok aloh...mesti dalam hati korang berkata "takkan nak bagi kitorang duduk dalam LUMPUNG pulak?" hahaha...aku gurau aje la kawan-kawan...

Bersambung pada tempat tinggal tadi..biasenye orang yang datang selalu menginap di rumah ketua Kampung. Pasal rumah diorang ni besar agaknye kot..Tapi orang luar memang akan sentiase menginap di rumah ketua kampung....pada orang muslim yang datang pulak di galakkan menginap di wakaf yang telah disediakan oleh pihak masjid...so, jangan risau lagi dengan tempat tinggal ye...

Orang-orang kampung di Long Busang semuanye peramah..Kalau ade yang tak peramah tu maksudnye die tak reti cakap Melayu kot..haha...tapi mereka kaya dengan senyuman. Selalunya mereka yang datang akan dibawa berkelah or tangkap ikan. Ikan sungai senang sangat nak dapat kat kampung aku sekarang tau. Sejak berdirinya empangan hidro Bakun. Pada mereka yang suke tempat terpencil macam ni bagi mereka memang seronok kan....

Yang bestnye lagi, misalnya kalau ada tetamu yang ingin membuat lawatan kat sini, orang-orang kampung akan sambut mereka dengan meriah. Orang-orang kampung biasanya akan menyambut tetamu dengan mengadakan majlis sambut tetamu. Para tetamu akan dipersembahkan dengan tarian tradisional masyarakat kenyah iaitu datun julud dan ngajat lasan diiringi dengan muzik tradisional masyarakat kenyah...memang seronok....

inilah dia tarian datun julud

Bolehlah korang tengok pakaian tradisional orang kenyah yang cun melecun ni kan. Ditambah lagi dengan kemanisan senyuman gadis-gadis kenyah yang comel dan cantik-cantik semuanya...yang tak nak senyum maksudnye dia tak ada gigi la tu..hahaha..gurau ye...

Okla kawan-kawan, sampai sini saja dulu ye...Pasni korang yang nak datang ke Long Busang jangan lahh malu dan janganla segan..buat macam kampung sendiri..kalau ada ternampak bunga-bunga yang harum mekar kat tepi-tepi jalan tu, buat tak tahu je ye...binatang-binatang yang suke tido atas jalan tu pulak jangan takut ok..binatang-binatang tu semua peramah macam tuan diorang gak...hehehe..jgn marah...nanti kene jual baru tau.


Wassalam.....

Tuesday, 7 October 2014

kedatangan islam ke Long Busang





  • Tahun 1975, kedatangan Ustaz Haji Mohd Menterang dengan konco-konconya ke Long Busang

  • Pada tahun ini, ramai penduduk di Long Busang masuk kristian dari Pengiyan. Sebuah tempat perkampungan orang Indon yang berdekatan dengan sempadan Sarawak-kalimantan. Ada juga yang masih mengamalkan ajaran animisme seperti percaya kepada benda-benda karut. penduduk pada masa itu belum kuat dengan pegangan agama yang mereka anuti.
  • Kedatangan Ustaz Haji Menterang telah menyebarkan agama islam di Long Busang melalui ketua kampung.

  • Pertengahan tahun 1975, kedatangan Tun Abdul Rahman Yakup merasmikan pengislaman  penduduk di Long Busang. Tun Aabdul Rahman telah menawarkan sekumpulan orang dewasa yang telah masuk islam melawat Kuching dan memberi kursus kepada mereka berkaitan islam selama 2 bulan. Mereka yang mengikuti kursus pada masa itu adalah Pejawa( Ketua kampung), Ampan Lian(Amai Itun), Pejating( Jalaluddin B. Abdullah), Passan dan Pebit(Amai Ongka) dan ada lagi tak ingat nama..

  • Penghujung tahun 1975, mereka membawa lagi sekumpulan remaja dewasa dengan gadis remaja pergi melawat dan memberi kursus berkaitan dengan islam di Kuching dan Sibu. Mereka yang mengikuti kursus pada masa ini adalah Amai Reniu, Oyau Ato', Lit( Halimah), Mahani ( Opau Bit), Ari Erang, Lempung Siang, Ayong dan Amai Dewen( Pampun).

  • Semasa tahun 1975-1978, Haji Annuar Unggat ( bekas paderi) telah mengajar penduduk Islam Long Busang tentang islam. Dia sebagai ustaz di Long Busang pada masa itu.

  • Tahun 1978, kerajaan telah memperuntukkan kepada penduduk islam di Long Busang untuk membina surau. Imam yang dilantik pada massa itu adalah Ikhwan B. Abdullah. Tapi sayang beribu kali sayang beliau telah murtad kerana telah berkahwin dengan wanita yang berlainan agama dengan beliau...

  • Pada pertengahan tahun 1978, mereka menghantar lagi sekumpulan anak muda mudi pergi bersekolah agama di Kuching. mereka yang pergi adalah Halimah, haji Musa, Mahani, Bang Jawa(Rahim)...

  • Pada masa itu hampir semua penduduk di Long Busang beragama islam. Tapi masih ada yang beragama kristian kerana mereka masih kuat dengan agama mereka.

  • Ujung tahun 1978, Majlis Surau Long Busang hantar segerombolan lagi anak muda mudi pergi sekolah agama di kuching. Mereka yang pergi pada masa ini adalah Sirit, Ayub, Normah, baun Bit, Johari( Jarau Erang), dan Amai Acan. Nama sekolah tempat mereka pergi adalah Sekolah Darul Rahmah, Kuching. Dari sinilah tercetusnya idea untuk memberi nama kepada maasjid yang ada di Long Busang sekarang iaitu Masjid Darul Rahmah. terdapat juga yang telah melanjutkan pelajaran di semenanjung Kluang Johor.

  • Awal tahun 1979, ketiadaan ustaz di Long Busang telah menyebabkan ajaran islam sedikit demi sedikit telah pudar. Yang ada pada masa itu cuma imam masjid. Ramai juga yang telah kembali ke agama asal mereka. Selain itu ramai juga yang berkahwin dengan yang beragama kristian dan mereka mengikut pasangan mereka berpindah.

  • Setelah ramai penduduk Long Busang yang berpindah ke tempat lain, pada tahun 1979-1980, kira-kira puluhan orang saja yang masih dengan agama islam. yang dah naik haji pada masa itu adalah Haji Zawawi(ketua kampung), Haji Musa B Ibrahim(pakcik aku), Ustazah Halimah Bt Jalaluddin dengan Ustazah Mahani.

  • Sehingga sekarang, Islam di Long Busang masih kuat dan makin berkembang. Di tambah lagi dengan 3 orang anak muda yang telah melanjutkan pelajaran di semenanjung dalam bidang pengajian islam iaitu ustaz Iskandar, Ustaz Ariffin dan Ustaz Mazlan.

  • Setelah mereka bertiga terdapat beberapa orang lagi telah melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian islam iaitu Ustaz Zulkarin B Ayub, Ustaz Salihin B Sulaiman, Ustazah Suzie Bte Harun, Ustaz Mohd Rizal dan Ustaz Burn Chit( nama glamour)hihi...

  • Setelah sekian lama syiar islam di Long Busang akhirnya sedikit sebanyak telah melahirkan insan-insan yang dapat menghafal al-quran dan kanak- kanak ini telah mengikuti pertandingan tilawah Al-quran peringkat kebangsaan yang diadakan di kuching.

  • Sehingga kini, kami adalah penerus generasi agama Islam di Long Busang...Amin...

sekian...jumpe lagi....