Selamat Datang


Monday 10 November 2014

Hatiku Tertinggal di Sarawak


        Tahun 2008, saya mendapat berita yang agak mengejutkan bila diminta bertugas ke Kapit Sarawak.  Terkejut kerana tidak pernah bermimpi untuk bertugas di Sarawak. Tidak banyak yang saya tahu tentang Sarawak walaupun saya ada beberapa orang teman yang berasal daripada Bumi Kenyalang ini.

           Hari demi hari Bumi Kenyalang berjaya memikat hati saya. Saya terpaut dengan keramahan orangnya. Dalam masa yang singkat kami jumpa ramai kenalan yang kemudiannya menjadi teman rapat dan juga teman istimewa .Hati saya mula tertinggal di sini. Bumi Kenyalang terasa dekat di hati.  Bumi Kenyalang banyak meninggalkan kenangan manis. Teringiang-ngiang lagu gadis Sarawak di telinga

Damai... Sedamai bumi tercinta
Indah... Seindah wajahmu tersenyum
Dengan dihembus nan bayu

Pertama kali kuhampir
Di bumimu yang permai
dengan senyum terukir
Wajah-wajah seindah
bunga yang mekar
Menghias kotamu bagai dalam taman
nirwana

Begitu ayu wajahmu
Dalam air terbayang
kini satu persatu
Jari-jari halusmu lemah gemalai
Siapa melihat kan terbuai

Senyum...
Senyumlah buatku tetamu yang baru
Biarlah kemesraan kini kan berpadu

Ingin Rasanya
kubawa pulang bersama-sama
Sayangnya bagaikan jinak merpati
Makin kuhampiri makin kau ketepi

Gadis gadis Sarawak
Oh yeah
Oh Si Manis Sarawak
Oh yeah
Kini hati terpikat

Budaya tetap disanjung
Begitulah resamnya
dari dulu menurun
Biar zaman berubah
namun ternyata
Kau tetap menjaga
dengan penuh rasa bangganya

Rindunya bukan kepalang
Terpesona padamu
gadis Bumi Kenyalang
Hingga kini menjadi satu igauan
Dalam lena wajahmu kuterpandang

               Baru saya sedar jiwa sudah terpaut dengan keramahan bumi Sarawak. Jika tidak kerana Mak dan Ayah jauh di Semenanjung, saya mungkin memilih kekal di Kapit sehingga persaraan.  Saya juga baru sedar, banyak lagi ceruk bumi Sarawak yang belum diterokai, dan banyak juga perkara yang belum sempat saya lalui.

           Hampir enam tahun di Sarawak. Ria dalam duka. Gembira kerana pulang ke Semenanjung, hampir dengan keluarga. Duka kerana meninggalkan satu episod yang paling menarik dalam hidup saya.  Tersedar juga bahawa nikmat dan bahagia dalam hidup itu adalah milik Allah. Kita merancang, tetapi kita tidak tahu Allah sebaik-baik perancang dan ada yang lebih baik tersedia untuk kita di masa hadapan.  

p/s : Yang ni bukan cerita aku tetapi cerita yang biasa aku dengar daripada orang yang datang ke Long Busang. Kisah benar dan sikit tokok tambah..

Sekilas Tentang Sejarah Sarawak


             Pada kurun ke-18, Sarawak cuma sebuah wilayah di sekitar Lembah Sungai Sarawak. Pada masa itu, Sarawak dikuasai Sultan Brunei.   Sungguhpun demikian, Sultan Brunei membiarkan pembesar tempatan yang dilantik oleh baginda mentadbir wilayah Sarawak tanpa campur tangan kerajaan Brunei.

       

                Pada tahun 1827, Sultan Brunei telah menghantar wakil Brunei untuk mentadbir Wilayah Sarawak.   Wakil Brunei yang dihantar oleh baginda ialah Pangeran Indera Mahkota.  Sultan Brunei menghantar Pangeran Indera Mahkota ke Sarawak untuk tujuan menguasai kekayaan dan memperkukuh kuasa baginda di Sarawak.   Sarawak kaya dengan galian antimoni dan emas.

              Pangeran Indera Mahkota telah mengambil alih kuasa pentadbiran di Sarawak dan membuat perubahan dasar pentadbiran untuk menguntungkan dirinya sendiri:
a)      Semua kuasa pentadbiran ditarik balik daripada pembesar tempatan.
b)      Perdagangan antimoni dan emas dimonopolikan olehnya.
c)      Penduduk tempatan dikenakan cukai yang tinggi terhadap hasil mereka.
d)     Orang Bidayuh dipaksa bekerja di lombongnya tanpa dibayar upah.

                Kedatangan Pangeran Indera Mahkota tidak disenangi oleh pembesar tempatan kerana mereka kehilangan kuasa dan kawalan dalam perusahaan melombong antimoni dan e Dasar pentadbiran Pangeran Indera Mahkota yang bersifat menindas menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan orang Melayu, orang Bidayuh dan pembesar tempatan.
                  Pada tahun 1837, orang Melayu dan orang Bidayuh yang diketuai oleh Datuk Patinggi Ali telah bangkil untuk menentang kezaliman Pangeran Indera Mahkota. Pemberontakan tersebut tidak dapat disekat oleh Pangeran Indera Mahkota. Sultan Brunei telah menghantar Pangeran Raja Muda Hashim ke Sarawak untuk menamatkan pemberontakan itu. Pangeran Raja Muda Hashim juga gagal menyekat kebangkitan penduduk tempatan.
                Pada tahun 1836, seorang pedagang British yang bernama James Brooke telah tiba di Sarawak dalam sebuah kapal perang.      Pangeran Raja Muda Hashim telah meminta bantuan daripada James Brooke untuk menamatkan pemberontakan Datu Patinggi Ali . Pangeran Raja Muda Hashim menjanjikan James Brooke jawatan Gabenor Sarawak sekiranya pemberontakan itu dapat ditamatkan .  James Brooke bersetuju untuk membantu kerana beliau memang sedang mencari peluang perdagangan

                        James Brooke berjaya menamatkan kebangkitan rakyat Sarawak Pangeran Raja Muda Hashim cuba melambat-lambatkan pelantikan James Brooke sebagai Gabenor Sarawak kerana tawaran beliau kepada James Brooke dibuat tanpa pengetahuan dan persetujuan Sultan Brunei.   James Brooke hilang kesabarannya lalu menyerang bandar Kuching.  Pangeran Raja Muda Hashim terpaksa melantik James Brooke sebagai Gabenor Sarawak yang pertama pada tahun 1841.
                  Suatu perjanjian ditandatangani antara Pangeran Raja Muda Hashim dengan James Brooke pada tahun 1841.
Perjanjian antara Pangeran Raja Muda J(ashim
dengan
James Brooke pada tahun 1841

Antara syarat perjanjian ialah:
1. James Brooke memerintah negeri Sarawak dan menguasai segala hasilnya.
2. James Brooke harus menghormati dan memelihara undang­-undang dan adat istiadat orang Melayu.

                            Pada tahun 1842, James Brooke melawat Brunei bersama-sama angkatan tentera laut British dari Singapura untuk menghadap Sultan Omar Ali Saifuddin. Tujuan James Brooke menghadap Sultan Brunei adalah untuk mengesahkan kedudukannya di Sarawak. Sultan Brunei terpaksa mengiktiraf perjanjian antara Pangeran Raja Muda Hashim dengan James Brooke yang ditandatangani pada tahun 1841.
Sultan Brunei menandatangani suatu perjanjian dengan James Brooke.
Perjanjian antara Sultan Omar Ali Saifuddin
dengan James Brooke 1842


Antara syarat perjanjian ialah:
1.      Sultan Brunei menyerahkan Sarawak dan kawasan Tanjung Datu ke Sungai Samarahan dan menyerahkan segala hasil cukainya kepada James Brooke dan pewarisnya.
2.      James Brooke akan membayar 2500 dolar setiap tahun kepada baginda.
3.      Agama dan adat istiadat penduduk Sarawak tidak boleh diganggu.
4.      Sultan Brunei mengiktiraf James Brooke sebagai Raja Putih Sarawak.


            Pada tahun 1846, Sultan Brunei cuba menentang James Brooke tetapi telah ditewaskan. Baginda terpaksa mengiktiraf James Brooke sebagai Raja Sarawak yang merdeka. Dengan itu, James Brooke menguasai Sarawak secara penuh.

Sumber : Buku Teks Sejarah Tingkatan 2