Selamat Datang


Monday, 10 November 2014

Hatiku Tertinggal di Sarawak


        Tahun 2008, saya mendapat berita yang agak mengejutkan bila diminta bertugas ke Kapit Sarawak.  Terkejut kerana tidak pernah bermimpi untuk bertugas di Sarawak. Tidak banyak yang saya tahu tentang Sarawak walaupun saya ada beberapa orang teman yang berasal daripada Bumi Kenyalang ini.

           Hari demi hari Bumi Kenyalang berjaya memikat hati saya. Saya terpaut dengan keramahan orangnya. Dalam masa yang singkat kami jumpa ramai kenalan yang kemudiannya menjadi teman rapat dan juga teman istimewa .Hati saya mula tertinggal di sini. Bumi Kenyalang terasa dekat di hati.  Bumi Kenyalang banyak meninggalkan kenangan manis. Teringiang-ngiang lagu gadis Sarawak di telinga

Damai... Sedamai bumi tercinta
Indah... Seindah wajahmu tersenyum
Dengan dihembus nan bayu

Pertama kali kuhampir
Di bumimu yang permai
dengan senyum terukir
Wajah-wajah seindah
bunga yang mekar
Menghias kotamu bagai dalam taman
nirwana

Begitu ayu wajahmu
Dalam air terbayang
kini satu persatu
Jari-jari halusmu lemah gemalai
Siapa melihat kan terbuai

Senyum...
Senyumlah buatku tetamu yang baru
Biarlah kemesraan kini kan berpadu

Ingin Rasanya
kubawa pulang bersama-sama
Sayangnya bagaikan jinak merpati
Makin kuhampiri makin kau ketepi

Gadis gadis Sarawak
Oh yeah
Oh Si Manis Sarawak
Oh yeah
Kini hati terpikat

Budaya tetap disanjung
Begitulah resamnya
dari dulu menurun
Biar zaman berubah
namun ternyata
Kau tetap menjaga
dengan penuh rasa bangganya

Rindunya bukan kepalang
Terpesona padamu
gadis Bumi Kenyalang
Hingga kini menjadi satu igauan
Dalam lena wajahmu kuterpandang

               Baru saya sedar jiwa sudah terpaut dengan keramahan bumi Sarawak. Jika tidak kerana Mak dan Ayah jauh di Semenanjung, saya mungkin memilih kekal di Kapit sehingga persaraan.  Saya juga baru sedar, banyak lagi ceruk bumi Sarawak yang belum diterokai, dan banyak juga perkara yang belum sempat saya lalui.

           Hampir enam tahun di Sarawak. Ria dalam duka. Gembira kerana pulang ke Semenanjung, hampir dengan keluarga. Duka kerana meninggalkan satu episod yang paling menarik dalam hidup saya.  Tersedar juga bahawa nikmat dan bahagia dalam hidup itu adalah milik Allah. Kita merancang, tetapi kita tidak tahu Allah sebaik-baik perancang dan ada yang lebih baik tersedia untuk kita di masa hadapan.  

p/s : Yang ni bukan cerita aku tetapi cerita yang biasa aku dengar daripada orang yang datang ke Long Busang. Kisah benar dan sikit tokok tambah..

No comments:

Post a Comment