Selamat Datang


Tuesday 17 September 2013

Mari Belajar Bahasa Kenyah Siri 1

Kenyah ini banyak rumpunnya. Bukan semua perkataan dalam bahasa Kenyah adalah sama.Kadang kala perkataannya berbeza mengikut kawasan. Di bawah antara bahasa Kenyah yang digunakan oleh Kenyah Badeng di Long Busang, Belaga

Nombor
  1. Satu ------ Cha
  2. Dua ------ Dua
  3. Tiga ------ Telu
  4. Empat ------ Pat
  5. Lima ------ Lema
  6. Enam ------ Nem
  7. Tujuh ------ Tujok
  8. Lapan ------ Aya
  9. Sembilan ------ Pien
  10. Sepuluh ------ Puluk
Untuk nombor dari 11 hingga 19 , cuma gabungkan sepuluh dan satu. contohnya Cha sikpuluk untuk Sebelas ( 11 ) Dua sikpuluk untuk dua belas ( 12 ) dan begitulah seterusnya sehingga 19. 
 20 adalah seperti berikut gabungkan Dua dan sepuluh ia akan menjadi seperti berikut : Dua Puluk (Dua puluh),


Untuk 21 hinggalah ke 99, susunan nya seperti berikut : 
Dua puluh satu (21) - Dua puluk Cha
Dua puluh dua (22) - Dua puluk dua...
Dua puluh tiga ( 23 )- Dua Puluk telu dan  seterusnya. 

Untuk 100 dan seterusnya adalah seperti berikut:-
Satu ratus (100) - Cha ato. Seperti yang telah dinyatakan diatas, Cha adalah Satu (1), manakala ratus dalam bahasa kenyah adalah ato. Jadi anda cuma perlu gabungan Satu(1) iaitu Cha dan ato untuk menjadikannya satu nombor. Cuba lihat dibawah:-
Satu ratus (100) - Cha ato
Dua ratus (200) - Dua ato
Tiga ratus (300) - Telu ato...dan begitulah sehingga sembilan ratus (900)


bersambung....

No comments:

Post a Comment