Selamat Datang


Saturday, 31 August 2013

Kuala Pilah Ke Long Busang - Satu Perjalanan

Setahun berada di Ulu Muar ( nama lama bagi Kuala Pilah ) setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke kampung halaman membuatkan perasaan ingin pulang membuak-buak tetapi untuk menempuhi perjalanan pulang ke kampung perlu bersiap sedia dengan kekuatan fizikal dan mental.



Perjalanan bermula dari Kuala Pilah dengan menaiki bas ke Seremban, kemudian menaiki teksi ke lapangan terbang. Dari KLIA  ke Sibu mengambil masa sekitar 2 jam dengan menaiki kapal terbang tak kisah la guna Airasia ke, MAS atau Malindoair.



Perasaan teruja dan gembira dan segalanya bercampur baur dalam kepala otak ni sepanjang perjalanan. Perjalanan yang mengambil masa selama 2 hari untuk sampai ke kampung halaman tidak ku pedulikan, asalkan dapat pijak kaki ke bumi kenyalang ini. Setelah sampai di Sibu terpaksa pulak bermalam di Sibu kerana perkhidmatan bot ekspress untuk sampai ke Putai hanya boleh di dapati pada pukul 730am. Jadi terpaksalah bermalam untuk menunggu keesokan harinya.



                                                   Waf Sibu



                                         Suasana di dalam bot ekpress

Tiba di Putai setelah berada di dalam bot ekpress selama 8jam , kami masih perlu meneruskan perjalanan menaiki kenderaan pacuan 4 roda. Perjalanan yang mengambil masa selama 3 jam setengah ini melalui jalan balak yang bersimpang siur. Di kiri dan kanan jalan sepanjang perjalanan boleh dilihat fenomena alam yang menakjubkan.



Putai



                                          Menggantikan tayar bocor

                                        Kepenatan tapi masih boleh tersenyum

Apabila mentari melabuhkan tirainya barulah tiba di kampungku yang indah permai ini. Ternyata perjalanan selama 2 hari yang dilalui amat berbaloi kerana suasana di kampung yang damai dan nyaman.




















                                         Suasana pada waktu pagi




                                         Pemandangan Sungai Balui
Kebaikan Kahwin Campur

Di Malaysia ni,kahwin campur merupakan satu fenomena yang biasa dan ada kalanya  dah jadi trend.
melayu kahwin cina,cina kahwin India,melayu kahwin mat Salleh, kadazan kahwin cina, kenyah kahwin cina,kenyah kahwin melayu..hihi..


bukan setakat dalam kalangan artis  dan orang kenamaan je,
masyarakat biasa pun dah ramai yang kahwin campur.
kalau dulu,orang pandang serong akan kahwin campur,
tapi kini semua orang boleh menerima fenomena ini.

Antara kebaikan kahwin campur yang dapat saya perhatikan kerana auntie dan uncle saya ramai yang kahwin campur 
  • boleh sambut  dua jenis perayaan yang berbeza
  • dapat merasa keunikan masakan bangsa lain
  • kemungkinan anak yang dilahirkan berparas wajah kacak dan jelita bila besar nanti
  • anak-anak dapat berlajar bahasa ketiga selain bahasa melayu dan omputih dan sebaliknya
  • dapat mengetahui kebudayaan bangsa lain
  • anak juga kemungkina mempunyai IQ yang tinggi kerana percampuran genetik berlaku

Keunikan Sambutan Aidilfitri Di Long Busang




Long Busang merupakan sebuah kawasan yang didiami oleh etnik Kenyah di Sarawak. Di sini sambutan perayaan Aidilfitri disambut secara meriah dan mempunyai keunikan tersendiri berbanding masyarakat lain di Sarawak mahupun di Malaysia.

acara simbolik perasmian padang

Sehari sebelum sambutan perayaan diadakan acara perasmian sukan. Antara sukan yang dipertandingkan ialah bola sepak lelaki, bola sepak wanita, bola tampar lelaki, bola tampar wanita dan sukaneka. Pada hari perasmian akan berlangsungnya perlawanan pembukaan dan tarian tradisional masyarakat kenyah iaitu tarian datun julud dipersembahkan.

tarian datun julud


barisan pemain bolasepak

Biasanya kejohanan sukan ini diadakan selama 4 hari dan ada kalanya sehingga 6 hari. Sepanjang kejohanan ini berlangsung dapat dilihat semangat kesukanan dan perpaduan yang kukuh dalam kalangan masayarakat kenyah di mana  disini terdapat  dua agama yang berbeza iaitu Islam dan Kristian walaupun tinggal di kampung yang sama. Penganut Islam di kampung ini dianggarkan sekitar 250 orang.




                                          team mapo kupit

                                          team oma' kalung

                                          team oma' usun padang

                                     
                                          team oma' data kereta

Majlis Penutupan Sambutan Aidilfitri diadakan pada waktu malam bermula jam 8 malam di anjung rumah Ketua Kampung, Kampung Long Busang. Pada majlis penutupan ini diadakan pertandingan datun julud, ngajat lasan ( solo ), cabutan tiket bertuah dan penyampaian hadiah bagi pemenang pertandingan bola sepak, bola tampar dan sukaneka.


                                          ngelopa(bahasa kenyah)

                                                      si penulis yang cool

                                          gadis-gadis kenyah muslim

                                          ngajat lasan( solo )

persembahan tarian zombie