acara simbolik perasmian padang
Sehari sebelum sambutan perayaan diadakan acara perasmian sukan. Antara sukan yang dipertandingkan ialah bola sepak lelaki, bola sepak wanita, bola tampar lelaki, bola tampar wanita dan sukaneka. Pada hari perasmian akan berlangsungnya perlawanan pembukaan dan tarian tradisional masyarakat kenyah iaitu tarian datun julud dipersembahkan.
tarian datun julud
barisan pemain bolasepak
Biasanya kejohanan sukan ini diadakan selama 4 hari dan ada kalanya sehingga 6 hari. Sepanjang kejohanan ini berlangsung dapat dilihat semangat kesukanan dan perpaduan yang kukuh dalam kalangan masayarakat kenyah di mana disini terdapat dua agama yang berbeza iaitu Islam dan Kristian walaupun tinggal di kampung yang sama. Penganut Islam di kampung ini dianggarkan sekitar 250 orang.
team mapo kupit
team oma' kalung
team oma' usun padang
team oma' data kereta
Majlis Penutupan Sambutan Aidilfitri diadakan pada waktu malam bermula jam 8 malam di anjung rumah Ketua Kampung, Kampung Long Busang. Pada majlis penutupan ini diadakan pertandingan datun julud, ngajat lasan ( solo ), cabutan tiket bertuah dan penyampaian hadiah bagi pemenang pertandingan bola sepak, bola tampar dan sukaneka.
ngelopa(bahasa kenyah)
si penulis yang cool
gadis-gadis kenyah muslim
ngajat lasan( solo )
persembahan tarian zombie
No comments:
Post a Comment