Setahun berada di Ulu Muar ( nama lama bagi Kuala Pilah ) setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke kampung halaman membuatkan perasaan ingin pulang membuak-buak tetapi untuk menempuhi perjalanan pulang ke kampung perlu bersiap sedia dengan kekuatan fizikal dan mental.
Perjalanan bermula dari Kuala Pilah dengan menaiki bas ke Seremban, kemudian menaiki teksi ke lapangan terbang. Dari KLIA ke Sibu mengambil masa sekitar 2 jam dengan menaiki kapal terbang tak kisah la guna Airasia ke, MAS atau Malindoair.
Perasaan teruja dan gembira dan segalanya bercampur baur dalam kepala otak ni sepanjang perjalanan. Perjalanan yang mengambil masa selama 2 hari untuk sampai ke kampung halaman tidak ku pedulikan, asalkan dapat pijak kaki ke bumi kenyalang ini. Setelah sampai di Sibu terpaksa pulak bermalam di Sibu kerana perkhidmatan bot ekspress untuk sampai ke Putai hanya boleh di dapati pada pukul 730am. Jadi terpaksalah bermalam untuk menunggu keesokan harinya.
Waf Sibu
Suasana di dalam bot ekpress
Tiba di Putai setelah berada di dalam bot ekpress selama 8jam , kami masih perlu meneruskan perjalanan menaiki kenderaan pacuan 4 roda. Perjalanan yang mengambil masa selama 3 jam setengah ini melalui jalan balak yang bersimpang siur. Di kiri dan kanan jalan sepanjang perjalanan boleh dilihat fenomena alam yang menakjubkan.
Putai
Menggantikan tayar bocor
Kepenatan tapi masih boleh tersenyum
Suasana pada waktu pagi
Pemandangan Sungai Balui
No comments:
Post a Comment