Selamat Datang


Sunday 8 December 2013

Tenggelamnya Tanah Desaku

Masihku ingat dan masih segar lagi dalam ingatanku sehingga kini apabila hujan turun dengan lebatnya tidak berhenti-henti sehari semalam perkara yang akan tercetus dalam otak dan fikiranku ialah banjir pasti akan melanda terutamanya bila musim tengkujuh menjelma.
Ketika itu umurku masih kanak-kanak ribena berumur 6 tahun dan masih lagi prasekolah tak mustahillah aku sebagai seorang kanak-kanak yang riang ria suka apabila banjir itu datang kerana dapat bermain dan mandi bersama kawan-kawan. Alangkah indahnya dunia ini kurasakan tanpa perlu memikirkan kesusahan dan kesulitan yang dirasai oleh orang-orang yang tua dariku.
Pada masa itu banjir yang melanda kampungku tidaklah terlalu kerap berlaku dan tidaklah terlalu besar...













 Akan tetapi sejak berdirinya empangan Hidro Elektrik di Bakun Belaga, banjir sering kali melanda kampungku terutamanya pada musim tengkujuh. sampaikan banjir berlaku empat kali seminggu. Kampungku adalah satu-satunya penempatan yang tidak dipindahkan ketika projek hidroelektrik Bakun dibina. Dan kini setelah aku meningkat dewasa barulah aku faham dan mengerti akan kesulitan dan kesukaran yang dialami oleh orang-orang tuaku dahulu. Betapa hebatnya dugaan yang Allah berikan kepada penduduk-penduduk kampung tanpa ada sedikit bantuan daripada mereka yang bertanggungjawab...Namun begitu penduduk kampung tetap bertahan dan cekal menghadapi dugaan yang datang kerana tiada tempat lagi untuk berteduh. Bila ada segelintir orang memberi pendapat untuk berpindah, bukan semudah seperti yang dibicarakan.







  
















































.
Suasana selepas banjir..




Friday 6 December 2013

Asal Usul Masyarakat Kenyah


Suku Kenyah adalah etnik Bumiputera Sarawak yang termasuk rumpun Orang Ulu yang berasal dari daerah Baram, Sarawak. Semasa pemerintahan Brooke meluaskan kuasa ke daerah Baram, masyarakat Kenyah sebahagiannya berundur ke Kalimantan dan sebahagian lagi bertahan di Baram. Dari Baram suku Kenyah memasuki Kalimantan Timur melalui sungai Iwan di Sarawak dan  terpecah dua sebagian menuju daerah Apau Kayan yang sebelumnya ditempati suku Kayan dan sebagian yang lainnya menuju daerah Bahau dan Balui.

Suku Kenyah, kononnya berasal dari keturunan para pedagang Cina dan suku Brunei. Semasa pemerintahan Kesultanan Brunei di Baram ramai orang Kenyah dilantik menjadi hulubalang dan pengawal diraja Sultan Brunei. Terdapat juga pengwal peribadi Sultan Brunei daripada suku Kenyah yang menganut Islam. Wilayah perbatasan Sultan Brunei ini sering kali juga diserang oleh suku dayak pemburu kepala manusia yang sering berperang dengan suku suku lain di sekitar mereka. Menurut adat Masyarakat Dayak zaman dahulu mereka dikehendaki membawa lima kepala manusia sebagai tanda kedewasaan dan layak untuk berkahwin.

Apabila Kesultanan Brunei mula merosot dan  Rajah Brooke meluaskan kuasanya di Sarawak Gabenor Sarawak memutuskan untuk mengumpulkan kesemua masyarakat Kenyah pada satu kawasan dan melantik pemimpin dari kalangan mereka bertujuan untuk mengawal pemberontakan di Baram. Sebahgian daripada mereka tidak bersetuju kerana taat setia kepada Sultan Brunei dan memutuskan meninggalkan wilayah Baram dan bergerak kearah timur dan memasuki wilayah Kalimantan.Kami berasal dari Sungai Baram, wilayah suku Brunei. Itulah yang sering dikatakan oleh nenek moyang kami. Karena sering berperang dengan suku dayak lainnya, akhirnya berpencar menjadi empat wilayah. Satu diantaranya mendiami Dataran Apo Kayan dan ada yang masih menetap di Baram.

Terdapat kisah yang menyatakan bahawa Batang Laing-salah seorang pemimpin masyarakat Kenyah menugaskan lapan pengikutnya yang setia, empat lelaki dan empat wanita, untuk membuat Yunan (alat untuk memeras tebu). Yunan adalah syarat meminta restu kepada Dewa Peselong Loan.
Tolonglah kami mencari tanah subur. Seorang dukun yang memimpin upacara ketika itu berkata,– Ada tanah yang subur dan luas di lembah lurah yang jauh.”

petunjuk untuk menemukan “tanah yang subur” itulah yang memunculkan perbezaan pendapat antara mereka. Pemimpin-pemimpin suku  Kenyah mengalami perpecahan,membuat tafsiran mengikut tafsiran sendiri  sesuai dengan penafsiran masing-masing tentang letak tanah dimaksud, sampai kemudian membentuk kelompok menjadi beberapa suku. Kemudian  suku ini berpisah, walaupun tetap berada dilembah yang sama. iaitu, membujur sepanjang Apo Kayan – Dataran Tinggi Kayan.




Rumah rumah tinggal mereka masih khas. Uma Da’du atau Lamin adalah rumah asli peninggalan masyarakat  Kenyah yang masih utuh. Rumah adat ini dibuat dari kayu belian, beratap sirap. Lamin di hiasi lukisan daun paku pakis dengan  warna kuning, putih, merah dan hitam yang menjadi identiti masyarakat Sarawak sekarang . Mereka juga dikenal mahir membuat manik-manik bercorak indah dan pemahat handal patung hiasan.

Hubungan kekerabatan mereka mengikuti garis keturunan bapa. Dalam satu rumah panjang dapat dijumpai hidup beberapa keluarga, mulai dari orang tua, anak, cucu dan  sepupu Dahulu kala sebuah rumah panjang dengan mempunyai lebih daripada 60 buah rumah lainnya. malah dapat menampung lebih dari seribu orang,

Namun demikian mereka tetap taat pada adat  yang sehari-hari dikendalikan oleh pemimpin mereka. Di dalam rumah panjang, pemimpin menempati rumah di bahagian  bagian tengah. Bagi mereka, pemimpin adalah orang yang dipilih menurut garis keturunan bangsawan, menurut kepercayaan yang ditinggalkan ketika mereka bersama-sama dengan masyarakat Brunei.

Suku  Kenyah, , sebagian besar beragama Kristian. Sebagian kecil, terutama orang tua, masih ada yang animisme. Seiring dengan peredaran zaman, penganut  islam sudah mulai muncul terutamanya di Long Busang dan di Belaga.

Mata pencarian mereka umumnya adalah bertani. Umumnya, sebagai pemungut hasil hutan dan peladang . Masyarakat  Kenyah tetap mempertahankan budaya leluhurnya, seperti menenun, mengukir, dan membuat aneka kraf tangan. Masyarakat Kenyah juga sangat terkenal dengan seni tari tradisionalnya seperti : tari datun julut, kanjet pepatei/tari perang, Kancet Punan Lettu, Kancet Nyelama Sakai, Hudog, Manyam, Pamung Tawai, Burung Enggang, dan tari Leleng, dan lain lain.


Suku Kenyah adalah antara bumiputera Sarawak  di Malaysia. Sebagai bahasa pengantar sehari-hari, mereka menggunakan bahasa Kenyah dan bahasa Melayu.

Thursday 5 December 2013

Tarian Tradisional Masyarakat Kenyah - Datun Julud

Tarian Datun Julud adalah sebuah tarian tradisional suku kaum Kenyah di Sarawak. Tarian ini dicipta oleh seorang putera Kenyah bernama Nyik Selong bagi menggambarkan kegembiraan serta kesyukuran. Pada masa dahulu tarian ini dipersembahkan sewaktu perayaan kemasyarakatan bagi menyambut kepulangan para pahlawan dari berburu, atau sewaktu perayaan tahunan yang menandakan tamatnya musim menuai. Tarian ini diiringi bunyi alat muzik sape dan dipersembahkan oleh penari-penari wanita, menggunakan kipas tangan anggun yang diperbuat daripada bulu burung kenyalang yang melambangkan sayap burung suci tersebut.

Di Long Busang pada masa kini aksesori wanitanya telah diubah mengikut syariat Islam yakni para penari wanitanya bertudung dan mengenakan baju yang menutup bahagian lengan tetapi masih mengekalkan ciri-ciri anggun penari datun julud.




para penari tarian datun julud

Indahnya Persaudaraan Sesama Islam..

Setelah ku singkap dan ku intai tirai semalam,ternyata sudah dua bulan lebih dah aku tak update blog aku yang cun melecun ni....yeke??hehe...


Disini ingin aku kongsikan beberapa coretan pengalaman bersama sahabat-sahabat semua sepanjang pulangnya aku ke kampung halaman. walaupun kehadiranku di kampung hanya seketika cuma, tetapi pengalaman dan keseronokan yang di rasai terlalu bermakna dan berharga bagi diriku...oh...tak dapat aku bayangkan betapa bahagianya aku ketika berada di samping keluarga tercinta.



keseronokan makin di rasai apabila sekumpulan anak muda yang macam kacak jer...macam macho jer menegur kami dan bertanyakan arah ke kampung ku.....sungguh aku tak sangka walaupun kampung aku jauh terperuk di pedalaman dan di kelilingi bukit bukau,hutan dan lembah,sungai dan kem pembalakan ternyata masih ada lagi orang dari luar yang sudi melawat kampung aku....semuanya hanya kerana satu ikatan persaudaraan iaitu ISLAM....ternyata famous jugak kampung aku ye...famous ke????choii....



Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada tetamu-tetamu yang sudi singgah biarpun terpaksa menempuhi liku-liku sepanjang perjalanan (erm....dalam hati berkata memang jalan dah berliku pun..) serta menempuhi cabaran dari aspek fizikal dan mental sehingga ada yang muntah di dalam kereta seperti ibu mengandung...hehehe..... takpe, kuatkan lagi fizikal dan mental anda ye...



Setelah sampai ke kampung anak-anak muda yang kacak-kacak dan macho-macho tadi rupanya ingin membuat program ziarah dan mahabbah ke kampungku yang dikelolakan oleh Iqra' Training Centre dengan kerjasama JAKIM Sarawak serta guru-guru Sk Long Busang. Terisi jugak masa lapangku semasa berada di kampung.


  Jadual Sepanjang Program


 Banner Iqra' Training Center


Ucapan Pengerusi Program

Agaknye diorang ni la yang kacak dan macho tu kot...

  sesi taklimat

 tengah fokus mendengar ceramah

    ucapan dari ketua kampung

pakcik-pakcik yang sedang fokus dan serius mendengar taklimat

 senyuman  tak tersimpul rapi..hehe

 serius nampak...


perbincangan apo ntah...esey pun x tau...sobab ea den x curi donga...hehe....


Setelah beberapa tahun tak mengadakan program dan  bergaul dengan orang kampung( bukan tak nak bergaul okey...di sebabkan kekangan kerja dan tempat aku tinggal skrg terlalu jauh dari kampung halaman), aku rasa begitu teruja dan terharu apabila melihat kerjasama dan pergaulan di antara penduduk kampung terutama bila ada program-program seumpama ini....terdetik juga di hatiku untuk berkhidmat di kampung halaman...tapi, apo leh buek....hati esey dah di bawa lari oleh orang...hahaha....gurau je...tapi tak kurang jugak ada hati yang tertinggal di kampung aku...yeke ni???hanya tuhan yang tahu....


chef-chef yang terlatih dan pakar dalam masakan sup jepun..hehe

Sukenye si penulis nak main masak-masak ni(eh..main masak2 ke ni emma demox??)...almaklumlah dah lame tak masak ramai-ramai camni..yang pakai kopiah tu memang tukang masak tetap dan berpencen...terbaek dari ladang..kahkahkah...


Iqra' Training Centre juga mengadakan program motivasi untuk pelajar sekolah rendah dan menengah, program anak angkat(nasib baik tak diangkat terus..hehe), sukaneka dan picnic bersama orang-orang kampung. erm...korang tengokla gambar di bawah untuk tatapan semua sepanjang program ini berjalan...seronoknye.......
Sungai Balui yang perlu di tempuhi sebelum sampai ke destinasi perkelahan

 pemandangan SK LONG BUSANG dari Sungai Balui

indahnya dunia ciptaan Ilahi...

wow...amazing gitu...bergegar kepala lutut naik perahu ni bagi yang tak pandai berenang...

dah nak sampai dah ni....jom...masa ni air sungai besar..so,perkarangan batu tak ada...sedih..

cantik kan...terpegun seketika dan jantung berhenti berdegup seketika....nasib la tak berhenti terus..kalau tak, naya aku....hehe
 macam cantik jer...macam comel jer....

ni nak menjala ke atau jadi model jala???gaya jer lebih..phuiii

diorg ni tengah belajar cara nak buang isi perut ikan sungai yang fresh2

malaysian next top model....Iring is the best in the world....

 aduh....diorang ni lagi....nak gak berposing sikit...

sebenarnye dia ni takut kene panas api tu...hehe

nak try bawa yang  ni pulak...kompom langgar tebing sungai..tak pasal-pasal la ayah aku kene wat perahu lagi..
syoknye die main air......

 suke pulak cikgu-cikgu ni mandi...erm...pandai berenang ke??hahaha

 yeay....dapat ikan...


sodap ni....sape-sape nak makan ikan sungai yang fresh-fresh moh la datang kampung den...kedatangan anda sentiasa dialu-alukan....


Selepas dah penat berkelah dan mandi manda, pada sebelah petangnya pulak ade acara perlawanan bola tampar dan bola sepak antara penduduk kampung vs Iqra' Training Centre.....Bersemangat betul pakcik-pakcik, makcik-makcik dan anak-anak muda ni aku tengok. Terharunya hati aku terutamanya bila tengok raut wajah ayah tercinta begitu bersemangat untuk turun padang bermain bolasepak dan menyertai acara sukeneka....Love u so much daddy....


 Iring pun main bola tampar tau...hehe

Semangat betul diorang ni kan....

hahaha.....yang ni lagi bersemangat.....

Erm....penat dah tangan ni menaip terlalu panjang. kalau nak di ceritakan semuanya sampai hujung tahun depan pun takkan habis kot...hehe...

ucapan terakhir dari pengerusi selepas tamatnya program ziarah dan mahabbah

Kepada sesiapa orang-orang luar yang ingin membuat program atau datang melawat kampung aku, janganlah malu dan segan ye...sebab penduduk kampung sentiasa sporting(sporting?orang tua tak faham kot maksud tu....kihkih) kedatangan anda semua akan sentiasa di alu-alukan. kalau datang tu jangan sehari dua je...nanti tak puas pulak...hehe....sekian dulu...Assalam....


tunggu coretan ku yang seterusnye ye.......