Suku
Kenyah adalah etnik Bumiputera Sarawak yang termasuk rumpun Orang Ulu yang
berasal dari daerah Baram, Sarawak. Semasa pemerintahan Brooke meluaskan kuasa
ke daerah Baram, masyarakat Kenyah sebahagiannya berundur ke Kalimantan dan
sebahagian lagi bertahan di Baram. Dari Baram suku Kenyah memasuki Kalimantan
Timur melalui sungai Iwan di Sarawak dan terpecah dua sebagian menuju daerah Apau Kayan
yang sebelumnya ditempati suku Kayan dan sebagian yang lainnya menuju daerah
Bahau dan Balui.
Suku Kenyah, kononnya berasal dari keturunan para pedagang Cina
dan suku Brunei. Semasa pemerintahan Kesultanan Brunei di Baram ramai orang
Kenyah dilantik menjadi hulubalang dan pengawal diraja Sultan Brunei. Terdapat
juga pengwal peribadi Sultan Brunei daripada suku Kenyah yang menganut Islam.
Wilayah perbatasan Sultan Brunei ini sering kali juga diserang oleh suku dayak
pemburu kepala manusia yang sering berperang dengan suku suku lain di sekitar
mereka. Menurut adat Masyarakat Dayak zaman dahulu mereka dikehendaki membawa
lima kepala manusia sebagai tanda kedewasaan dan layak untuk berkahwin.
Apabila
Kesultanan Brunei mula merosot dan Rajah
Brooke meluaskan kuasanya di Sarawak Gabenor Sarawak memutuskan untuk
mengumpulkan kesemua masyarakat Kenyah pada satu kawasan dan melantik pemimpin
dari kalangan mereka bertujuan untuk mengawal pemberontakan di Baram. Sebahgian
daripada mereka tidak bersetuju kerana taat setia kepada Sultan Brunei dan
memutuskan meninggalkan wilayah Baram dan bergerak kearah timur dan memasuki
wilayah Kalimantan.Kami berasal dari Sungai Baram, wilayah suku Brunei. Itulah
yang sering dikatakan oleh nenek moyang kami. Karena sering berperang dengan
suku dayak lainnya, akhirnya berpencar menjadi empat wilayah. Satu diantaranya
mendiami Dataran Apo Kayan dan ada yang masih menetap di Baram.
Terdapat kisah yang menyatakan bahawa Batang Laing-salah seorang
pemimpin masyarakat Kenyah menugaskan lapan pengikutnya yang setia, empat
lelaki dan empat wanita, untuk membuat Yunan (alat untuk memeras tebu). Yunan
adalah syarat meminta restu kepada Dewa Peselong Loan.
Tolonglah
kami mencari tanah subur. Seorang dukun yang memimpin upacara ketika itu
berkata,– Ada tanah yang subur dan luas di lembah lurah yang jauh.”
petunjuk untuk menemukan “tanah yang subur” itulah yang
memunculkan perbezaan pendapat antara mereka. Pemimpin-pemimpin suku Kenyah mengalami perpecahan,membuat tafsiran
mengikut tafsiran sendiri sesuai dengan
penafsiran masing-masing tentang letak tanah dimaksud, sampai kemudian
membentuk kelompok menjadi beberapa suku. Kemudian suku ini berpisah, walaupun tetap berada
dilembah yang sama. iaitu, membujur sepanjang Apo Kayan – Dataran Tinggi Kayan.
Rumah
rumah tinggal mereka masih khas. Uma Da’du atau Lamin adalah rumah asli
peninggalan masyarakat Kenyah yang masih
utuh. Rumah adat ini dibuat dari kayu belian, beratap sirap. Lamin di hiasi
lukisan daun paku pakis dengan warna
kuning, putih, merah dan hitam yang menjadi identiti masyarakat Sarawak
sekarang . Mereka juga dikenal mahir membuat manik-manik bercorak indah dan
pemahat handal patung hiasan.
Hubungan kekerabatan mereka mengikuti garis keturunan bapa.
Dalam satu rumah panjang dapat dijumpai hidup beberapa keluarga, mulai dari
orang tua, anak, cucu dan sepupu Dahulu
kala sebuah rumah panjang dengan mempunyai lebih daripada 60 buah rumah
lainnya. malah dapat menampung lebih dari seribu orang,
Namun demikian mereka tetap taat pada adat yang sehari-hari dikendalikan oleh pemimpin
mereka. Di dalam rumah panjang, pemimpin menempati rumah di bahagian bagian tengah. Bagi mereka, pemimpin adalah
orang yang dipilih menurut garis keturunan bangsawan, menurut kepercayaan yang
ditinggalkan ketika mereka bersama-sama dengan masyarakat Brunei.
Suku Kenyah, , sebagian
besar beragama Kristian. Sebagian kecil, terutama orang tua, masih ada yang
animisme. Seiring dengan peredaran zaman, penganut islam sudah mulai muncul terutamanya di Long
Busang dan di Belaga.
Mata
pencarian mereka umumnya adalah bertani. Umumnya, sebagai pemungut hasil hutan
dan peladang . Masyarakat Kenyah tetap
mempertahankan budaya leluhurnya, seperti menenun, mengukir, dan membuat aneka kraf
tangan. Masyarakat Kenyah juga sangat terkenal dengan seni tari tradisionalnya
seperti : tari datun julut, kanjet pepatei/tari perang, Kancet Punan Lettu,
Kancet Nyelama Sakai, Hudog, Manyam, Pamung Tawai, Burung Enggang, dan tari
Leleng, dan lain lain.
Suku Kenyah adalah antara bumiputera Sarawak di Malaysia. Sebagai bahasa pengantar
sehari-hari, mereka menggunakan bahasa Kenyah dan bahasa Melayu.
No comments:
Post a Comment