Tenggelamnya Tanah Desaku
Masihku ingat dan masih segar lagi dalam ingatanku sehingga kini apabila hujan turun dengan lebatnya tidak berhenti-henti sehari semalam perkara yang akan tercetus dalam otak dan fikiranku ialah banjir pasti akan melanda terutamanya bila musim tengkujuh menjelma.
Ketika itu umurku masih kanak-kanak ribena berumur 6 tahun dan masih lagi prasekolah tak mustahillah aku sebagai seorang kanak-kanak yang riang ria suka apabila banjir itu datang kerana dapat bermain dan mandi bersama kawan-kawan. Alangkah indahnya dunia ini kurasakan tanpa perlu memikirkan kesusahan dan kesulitan yang dirasai oleh orang-orang yang tua dariku.
Pada masa itu banjir yang melanda kampungku tidaklah terlalu kerap berlaku dan tidaklah terlalu besar...
Akan tetapi sejak berdirinya empangan Hidro Elektrik di Bakun Belaga, banjir sering kali melanda kampungku terutamanya pada musim tengkujuh. sampaikan banjir berlaku empat kali seminggu. Kampungku adalah satu-satunya penempatan yang tidak dipindahkan ketika projek hidroelektrik Bakun dibina. Dan kini setelah aku meningkat dewasa barulah aku faham dan mengerti akan kesulitan dan kesukaran yang dialami oleh orang-orang tuaku dahulu. Betapa hebatnya dugaan yang Allah berikan kepada penduduk-penduduk kampung tanpa ada sedikit bantuan daripada mereka yang bertanggungjawab...Namun begitu penduduk kampung tetap bertahan dan cekal menghadapi dugaan yang datang kerana tiada tempat lagi untuk berteduh. Bila ada segelintir orang memberi pendapat untuk berpindah, bukan semudah seperti yang dibicarakan.
.
Suasana selepas banjir..
No comments:
Post a Comment