Setelah ku singkap dan ku intai tirai semalam,ternyata sudah dua bulan lebih dah aku tak update blog aku yang cun melecun ni....yeke??hehe...
Disini ingin aku kongsikan beberapa coretan pengalaman bersama sahabat-sahabat semua sepanjang pulangnya aku ke kampung halaman. walaupun kehadiranku di kampung hanya seketika cuma, tetapi pengalaman dan keseronokan yang di rasai terlalu bermakna dan berharga bagi diriku...oh...tak dapat aku bayangkan betapa bahagianya aku ketika berada di samping keluarga tercinta.
keseronokan makin di rasai apabila sekumpulan anak muda yang macam kacak jer...macam macho jer menegur kami dan bertanyakan arah ke kampung ku.....sungguh aku tak sangka walaupun kampung aku jauh terperuk di pedalaman dan di kelilingi bukit bukau,hutan dan lembah,sungai dan kem pembalakan ternyata masih ada lagi orang dari luar yang sudi melawat kampung aku....semuanya hanya kerana satu ikatan persaudaraan iaitu ISLAM....ternyata famous jugak kampung aku ye...famous ke????choii....
Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada tetamu-tetamu yang sudi singgah biarpun terpaksa menempuhi liku-liku sepanjang perjalanan (erm....dalam hati berkata memang jalan dah berliku pun..) serta menempuhi cabaran dari aspek fizikal dan mental sehingga ada yang muntah di dalam kereta seperti ibu mengandung...hehehe..... takpe, kuatkan lagi fizikal dan mental anda ye...
Setelah sampai ke kampung anak-anak muda yang kacak-kacak dan macho-macho tadi rupanya ingin membuat program ziarah dan mahabbah ke kampungku yang dikelolakan oleh Iqra' Training Centre dengan kerjasama JAKIM Sarawak serta guru-guru Sk Long Busang. Terisi jugak masa lapangku semasa berada di kampung.
Jadual Sepanjang Program
Banner Iqra' Training Center
Ucapan Pengerusi Program
Agaknye diorang ni la yang kacak dan macho tu kot...
sesi taklimat
tengah fokus mendengar ceramah
ucapan dari ketua kampung
pakcik-pakcik yang sedang fokus dan serius mendengar taklimat
senyuman tak tersimpul rapi..hehe
serius nampak...
perbincangan apo ntah...esey pun x tau...sobab ea den x curi donga...hehe....
Setelah beberapa tahun tak mengadakan program dan bergaul dengan orang kampung( bukan tak nak bergaul okey...di sebabkan kekangan kerja dan tempat aku tinggal skrg terlalu jauh dari kampung halaman), aku rasa begitu teruja dan terharu apabila melihat kerjasama dan pergaulan di antara penduduk kampung terutama bila ada program-program seumpama ini....terdetik juga di hatiku untuk berkhidmat di kampung halaman...tapi, apo leh buek....hati esey dah di bawa lari oleh orang...hahaha....gurau je...tapi tak kurang jugak ada hati yang tertinggal di kampung aku...yeke ni???hanya tuhan yang tahu....
chef-chef yang terlatih dan pakar dalam masakan sup jepun..hehe
Sukenye si penulis nak main masak-masak ni(eh..main masak2 ke ni emma demox??)...almaklumlah dah lame tak masak ramai-ramai camni..yang pakai kopiah tu memang tukang masak tetap dan berpencen...terbaek dari ladang..kahkahkah...
Iqra' Training Centre juga mengadakan program motivasi untuk pelajar sekolah rendah dan menengah, program anak angkat(nasib baik tak diangkat terus..hehe), sukaneka dan picnic bersama orang-orang kampung. erm...korang tengokla gambar di bawah untuk tatapan semua sepanjang program ini berjalan...seronoknye.......
Sungai Balui yang perlu di tempuhi sebelum sampai ke destinasi perkelahan
pemandangan SK LONG BUSANG dari Sungai Balui
indahnya dunia ciptaan Ilahi...
wow...amazing gitu...bergegar kepala lutut naik perahu ni bagi yang tak pandai berenang...
dah nak sampai dah ni....jom...masa ni air sungai besar..so,perkarangan batu tak ada...sedih..
cantik kan...terpegun seketika dan jantung berhenti berdegup seketika....nasib la tak berhenti terus..kalau tak, naya aku....hehe
macam cantik jer...macam comel jer....
ni nak menjala ke atau jadi model jala???gaya jer lebih..phuiii
diorg ni tengah belajar cara nak buang isi perut ikan sungai yang fresh2
malaysian next top model....Iring is the best in the world....
aduh....diorang ni lagi....nak gak berposing sikit...
sebenarnye dia ni takut kene panas api tu...hehe
nak try bawa yang ni pulak...kompom langgar tebing sungai..tak pasal-pasal la ayah aku kene wat perahu lagi..
syoknye die main air......
suke pulak cikgu-cikgu ni mandi...erm...pandai berenang ke??hahaha
yeay....dapat ikan...
sodap ni....sape-sape nak makan ikan sungai yang fresh-fresh moh la datang kampung den...kedatangan anda sentiasa dialu-alukan....
Selepas dah penat berkelah dan mandi manda, pada sebelah petangnya pulak ade acara perlawanan bola tampar dan bola sepak antara penduduk kampung vs Iqra' Training Centre.....Bersemangat betul pakcik-pakcik, makcik-makcik dan anak-anak muda ni aku tengok. Terharunya hati aku terutamanya bila tengok raut wajah ayah tercinta begitu bersemangat untuk turun padang bermain bolasepak dan menyertai acara sukeneka....Love u so much daddy....
Iring pun main bola tampar tau...hehe
hahaha.....yang ni lagi bersemangat.....
Erm....penat dah tangan ni menaip terlalu panjang. kalau nak di ceritakan semuanya sampai hujung tahun depan pun takkan habis kot...hehe...
ucapan terakhir dari pengerusi selepas tamatnya program ziarah dan mahabbah
Kepada sesiapa orang-orang luar yang ingin membuat program atau datang melawat kampung aku, janganlah malu dan segan ye...sebab penduduk kampung sentiasa sporting(sporting?orang tua tak faham kot maksud tu....kihkih) kedatangan anda semua akan sentiasa di alu-alukan. kalau datang tu jangan sehari dua je...nanti tak puas pulak...hehe....sekian dulu...Assalam....
tunggu coretan ku yang seterusnye ye.......
No comments:
Post a Comment